1. Siapakah yang boleh belajar di pondok ini?
Pondok ini terbuka kepada semua golongan pelajar yang berusia di antara 18 hingga 25 tahun.
2. Bagaimanakah cara untuk mendaftar atau belajar di sini?
Untuk belajar di sini boleh datang ke pejabat atau hubungi nombor telefon serta emel yang diberikan, serta bergantung kepada kekosongan.
3. Berapakah yuran untuk setiap pelajar sepanjang tempoh pembelajaran?
4. Apakah peralatan yang perlu disediakan oleh pelajar semasa mereka mendaftar di sini dan cara untuk mendapatkannya?
Peralatan yang secukupnya untuk tinggal di asrama seperti cadar, bantal, selimut dan lain-lain yang difikirkan sesuai dan ia disediakan oleh pelajar sendiri.
5. Berapa lamakah tempoh pengajian di pondok ini?
Tempoh pengajian bergantung sepenuhnya kepada pihak pengurusan pondok serta kelulusan pelajar dalam peperiksaan yang dikendalikan oleh pihak pondok.