Satu pengiktirafan awal bagi pondok ini ialah lepasan Ma'ahad As-Syatirie berpeluang melanjutkan pelajaran ke Ma'ahad Ilmi Rubat Tareem, Hadramaut, Yaman. Ma'ahad Tareem Rubat Ilmi memberikan surat kebenaran atau pengiktirafan kepada Tuan Guru Ust. Zulkifli b. Muhammad Suhaimi selaku mudir Ma'ahad As-Syatirie untuk menubuhkan cawangannya di Malaysia khasnya di negeri Kedah. Pengiktirafan ini memberi peluang kepada pelajar lepasan pondok ini melanjutkan pelajaran ke Hadramaut, Yaman dan berguru dengan Pengetua Rubat Tareem, Allamah Al-Habib Salim b. Abdullah b. Umar As-Syatirie.
Surat Pengiktirafan daripada Pengetua Rubat Tareem.